Bila kau letih dan hilang semangat, DIA tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.... Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, DIA telah mengira titisan air matamu... Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, DIA setia di sisimu... Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu arah tujuan, DIA ada jalan penyelesaiannya... Bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, DIA adalah jawapannya... dan apa yang penting HADAPILAH DENGAN SENYUMAN segala cabaran yang mendatang dan jangan sekali-kali engkau berputus asa.... kerana ENGKAU TIDAK KESEORANGAN... sentiasa di temani DIA tuhanmu Yang Maha Esa...




